Bagaimana untuk membuat pembelian
sila click butang beli sekarang untuk membuat pembelian melalui whatsapp rasmi kami
Pengenalan Z & Z
Z & Z Equal Empire ialah sebuah syarikat pengeluar makanan yang berpusat di Banting, Selangor, dengan fokus kepada penghasilan makanan sedia dimakan (ready-to-eat) seperti lauk, nasi berlauk serta pes masakan. Produk kami dihasilkan untuk memudahkan pengguna menikmati hidangan yang sedap, cepat disediakan dan selamat dimakan pada bila-bila masa.
Dalam proses pengeluaran, Z & Z Equal Empire mengamalkan prosedur yang tersusun bermula daripada pemilihan bahan mentah yang berkualiti, penyediaan dan memasak, sehinggalah ke proses retort dan pembungkusan akhir. Teknologi retort yang kami gunakan membantu memanjangkan jangka hayat produk tanpa perlu menggunakan bahan pengawet , di samping mengekalkan rasa, tekstur dan kualiti asal makanan.
Sebagai pengeluar makanan, Z & Z Equal Empire komited untuk menghasilkan produk yang bersih, berkualiti dan mematuhi standard keselamatan makanan, agar pelanggan boleh menikmati hidangan dengan yakin dan selesa. Kami berusaha menjadi rakan niaga yang dipercayai dalam membekalkan makanan sedia dimakan dan pes masakan yang praktikal untuk kegunaan harian, perniagaan makanan, serta pelbagai segmen pasaran.
Visi
Menjadi peneraju dalam penghasilan produk pemakanan kreatif dan bernilai tambah yang memberi impak positif kepada seluruh ekosistem industri makanan.
Misi
Menghasilkan produk makanan sedia dimakan yang berkualiti tinggi, selamat dan bernutrisi bagi memenuhi keperluan semua peringkat pengguna.
Mengoptimumkan teknologi retort dan inovasi berterusan untuk membangunkan rangkaian produk bernilai tambah yang tahan lama dan berdaya saing.
Memperkukuh kepercayaan pelanggan melalui pematuhan piawaian keselamatan makanan serta mengamalkan operasi yang cekap, mampan dan responsif terhadap kehendak pasaran.
Objektif
Menghasilkan produk makanan sedia dimakan yang berkualiti tinggi, bersih dan selamat sebagai alternatif pilihan untuk semua segmen pengguna.
Memperkenalkan rangkaian produk yang kreatif, inovatif dan bernilai tambah melalui penggunaan teknologi retort secara optimum.
Menjamin jangka hayat produk yang panjang tanpa menjejaskan rasa, tekstur, nutrisi dan kualiti keseluruhan makanan.
Mematuhi sepenuhnya standard keselamatan makanan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan.
Mengekalkan kedudukan syarikat sebagai pengeluar makanan yang berwibawa, dipercayai dan berdaya saing dalam industri.
Pengenalan kepada retort
Teknologi retort merupakan kaedah pemprosesan makanan moden yang membolehkan produk makanan dan minuman disimpan pada suhu bilik tanpa sebarang bahan pengawet tambahan dan tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk beku. Melalui teknologi ini, jangka hayat produk boleh mencapai sehingga dua (2) tahun, sambil mengekalkan rasa, tekstur dan kualiti yang optimum.
Di seluruh dunia, teknologi retort menjadi pilihan utama pengeluar makanan dalam menghasilkan produk Ready-To-Eat (RTE) kerana keberkesanannya dalam memastikan makanan kekal selamat, mudah disediakan dan tahan lama.
Bagaimana Proses Retort Berfungsi?
Dalam proses ini, makanan yang telah dimasak akan dibungkus ke dalam bekas khas seperti kantung retort, tin, atau balang kaca, sebelum dipanaskan dalam mesin retort pada suhu sekitar 121°C hingga 131°C. Suhu tinggi ini berfungsi untuk:
Menghasilkan toksin berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Oleh sebab itu, pemprosesan retort yang betul adalah kritikal dalam memastikan produk yang dihasilkan benar-benar selamat dan berkualiti tinggi. Memusnahkan semua bakteria, termasuk spora yang tahan haba.
Menghalang pertumbuhan mikroorganisma pembusuk yang boleh menjejaskan keselamatan dan kualiti makanan.
Jika suhu rawatan tidak mencapai tahap yang ditetapkan, bakteria yang masih hidup boleh Terus membiak dan merosakkan makanan.
Kelebihan Produk retort
Penggunaan teknologi ini memberi manfaat besar kepada pengguna dan juga usahawan makanan. Antara kelebihannya ialah:
Menjimatkan masa, sesuai untuk pelajar, pekerja, ibu bekerjaya, pengembara dan sesiapa sahaja yang mahukan penyediaan makanan yang cepat. Lebih sihat kerana bebas bahan pengawet tambahan. Lebih tahan lama tanpa memerlukan penyejukan. Lebih mudah dan praktikal, selaras dengan trend pemakanan masa kini Ready-To-Eat (RTE).